316770738763114
top of page

5 Kelebihan Tinted Rumah untuk Cuaca Yang Panas di KL & Selangor

  • Writer: UV GARD
    UV GARD
  • Aug 15, 2025
  • 2 min read

Updated: 5 days ago

Ruang tamu yang banyak tingkap  tanpa pelindugan tinted rumah
Ruang tamu yang panas sebab tingkap tiada pelindugan daripada tinted rumah

Di Malaysia, terutamanya di kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor, cuaca panas dan terik sepanjang tahun menjadikan rumah kediaman mudah menyerap haba. Salah satu penyelesaian yang semakin popular adalah memasang tinted pada tingkap rumah. Tapi apa sebenarnya kelebihannya?


Berikut adalah 5 sebab utama kenapa tinted rumah merupakan pelaburan yang bijak untuk cuaca tropika Malaysia.


1. Kurangkan Haba Dalam Rumah

Tinted rumah membantu mengurangkan jumlah sinaran matahari yang masuk ke dalam rumah, sekaligus menurunkan suhu dalaman. Ini sangat berguna terutamanya untuk rumah yang menghadap matahari secara langsung.


Hasilnya? Rumah lebih sejuk tanpa bergantung sepenuhnya pada penghawa dingin.


2. Lindungi Dari Sinaran UV Berbahaya

Sinaran ultraungu (UV) boleh merosakkan kulit, memudarkan warna perabot, langsir dan lantai kayu. Tinted rumah berkualiti tinggi seperti nano ceramic tint mampu menapis 99% ke atas sinaran UV, memberikan perlindungan jangka panjang kepada anda dan isi rumah.


3. Privasi Lebih Baik Tanpa Mengorbankan Pencahayaan

Dengan tinted rumah reflektif, anda boleh menikmati privasi siang hari tanpa perlu menutup langsir. Ia sesuai untuk rumah yang terletak bersebelahan jalan atau jiran yang rapat.


💡 Beberapa jenis tinted membolehkan anda melihat keluar tetapi menghalang orang dari melihat ke dalam pada waktu siang.


4. Jimat Bil Elektrik

Dengan suhu dalaman yang lebih rendah, anda tidak perlu membuka penghawa dingin sepanjang masa pada suhu yang rendah. Ini boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan memberikan penjimatan dalam jangka masa panjang.


5. Naikkan Nilai & Estetika Rumah

Tinted rumah bukan sahaja praktikal, malah memberikan penampilan moden dan elegan pada rumah anda. Ia juga boleh menjadi nilai tambah jika anda bercadang untuk menjual rumah di masa akan datang.


Jenis-Jenis Tinted Rumah Popular

Nano Ceramic Film - Penapisan UV & haba sambil mengekalkan pandangan tingkap siang dan malam, faedah privasi rendah.


Reflective Tinted Film - Penapisan UV & haba yang paling bagus, penampilan cermin luar, privasi dalam rumah tinggi pada waktu siang.


Frosted Glass Sticker - Menambah privasi sepenuh atau separuh dua belah, sesuai untuk bilik pejabat dan bilik air, cahaya masih boleh bersinar melalui tingkap selepas pemasangan. Boleh digunakan untuk mencipta corak pakai mesin pemotong atau percetakan warna inkjet


Safety & Security Film - Bila kemalangan berlaku pada tingkap cermin dan menjadikannya memecah, cermin tingkap tidak akan berkecai di merata-rata. Ia juga digunakan untuk meningkatkan kekuatan kaca supaya penceroboh tidak senang boleh memasuk.


Blackout Privacy Film - Sesuai untuk untuk tujuan menutup pandangan tingkap dan cahayadengan sepenuh.


Sekeluarga yang gembira berasa selesa selepas memasang tinted rumah
Sekeluarga yang gembira berasa selesa selepas memasang tinted rumah

Lokasi Servis Tinted Rumah Terbaik

Jika anda berada di kawasan berikut, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pemasangan tinted profesional oleh UV GARD:


Seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, seperti Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Bangi, Bangsar, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Wangsa Maju, Setapak, Taman Melawati, Ampang dan lain-lain.

Pemasangan di negeri lain boleh dibincang dan dipertimbangkan


Penutup

Pemasangan tinted rumah bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan di Malaysia sebab cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan pelbagai kelebihan seperti kurangkan haba, pelindungan terhadap sinaran UV, menambah privasi dalam bilik, dan penjimatan kos elektrik, ini adalah langkah bijak untuk keselesaan jangka panjang.


Nak pasang tinted rumah? Sila hubungilah UV GARD hari ini melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +6012-206 7648.




Comments


bottom of page