316770738763114
top of page

Kenapa Tinted Rumah Penting di Malaysia: Lindungi Anda & Rumah Anda dari Haba & UV Matahari

  • Writer: UV GARD
    UV GARD
  • Aug 15, 2025
  • 3 min read

Updated: 5 days ago

Ruang tamu yang panas dan masih belum memasang tinted rumah lagi
Cuaca yang panas tidak hanya merosakkan perabot-perabot dan barang-barang di dalam rumah, ia juga merosakkan emosi harian anda menjadikan anda tiada mood nak buat apa-apa

Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun boleh menyebabkan rumah anda berasa seperti ketuhar, terutamanya pada waktu tengah hari. Salah satu penyelesaian paling berkesan dan moden adalah memasang tinted pada tingkap rumah dan pejabat anda. Bukan sahaja mencantikkan rupa kediaman anda, tinted rumah juga membantu melindungi dalaman rumah anda daripada haba matahari yang melampau dan sinaran UV yang membahayakan.


🔥 1. Mengurangkan Haba Dalaman Secara Ketara

Tinted rumah direka untuk menahan dan menghalang cahaya matahari yang terik dan panas memancar ke dalam ruangan rumah anda. Tinted seperti nano seramik dan reflektif boleh mengurangkan haba panas sehingga 98%, menjadikan ruang dalaman rumah lebih selesa tanpa terlalu bergantung pada pendingin hawa.


🌤️ 2. Melindungi Ahli Keluarga dari Sinaran UV

Sinar UV adalah salah satu sinaran yang sangat merosakkan selain daripada haba matahari, ia boleh menyebabkan penyakit kanser pada kulit, mempercepatkan penuaan dan penyakit mata katarak kepada ahli keluarga anda. Tinted yang berkualiti tinggi boleh membantu menapis sinaran UV sehingga 99% dan ke atas, melindungi seisi keluarga anda terutamanya kanak-kanak dan warga emas.


🛋️ 3. Mengelakkan Warna Perabot & Warna Lantai Kayu Memudar

Perabot, langsir, dan lantai kayu anda mudah rosak dan pudar jika terdedah kepada UV matahari secara berterusan setiap. Dengan bantuan tinted rumah yang berkualiti, anda boleh mengelakkan barang dan hiasan dalam yang berharga anda daripada serangan UV.


👁️ 4. Menambah Privasi Tanpa Korbankan Cahaya

Tinted juga boleh membantu memberikan privasi dalaman rumah dari luar pada waktu siang, terutamanya bagi rumah teres, kondominium, atau rumah yang menghadap jalan yang ada orang lalu lalang. Pilihan seperti tinted reflektif yang nampak macam cermin dari luar tingkap pada waktu siang membolehkan anda melihat keluar tanpa orang luar nampak ke dalam rumah.


💰 5. Jimat Bil Elektrik Anda

Selepas memasang tinted rumah, haba panas dari matahari akan berkurang memancar masuk dari tingkap rumah anda, ertinya penggunaan pendingin hawa anda dapat dikurangkan, kerja pemampat aircond pun dah jadi lebih ringan, Oleh demikian, penjimatan bil elektrik boleh dijangkakan, terutama semasa musim panas.


sekeluarga berasa gembira sebab rasa selesa selepas memasang tinted rumah dari UV GARD
Suasana rumah menjadi baik dan sihat apabila ruang tamu sejuk dan selesa selepas memasang tinted rumah


🛠️ Jenis Tinted Rumah yang Popular di Malaysia

Tinted Nano Seramik(Nano Cermica Window Film)

Penapisan haba tertinggi, tidak nampak seperti cermin dari luar dan dalam, tiada privasi, sesuai untuk mengekalkan pandangan tingkap


Tinted Reflektif(Reflective Tinted Film)

Penapisan haba yang tertinggi, privasi tinggi, cermin luar(waktu siang), rumah nampak lebih moden selepas pemasangan


Frosted Sticker(Frosted Glass Sticker)

Menambah privasi sepenuh atau separuh dua belah, sesuai untuk bilik pejabat dan bilik air, cahaya masih boleh bersinar melalui tingkap selepas pemasangan. Boleh digunakan untuk mencipta corak pakai mesin pemotong atau percetakan warna inkjet


Tinted Keselamatan(Safety & Security Film)

Bila kemalangan berlaku pada tingkap cermin dan menjadikannya memecah, cermin tingkap tidak akan berkecai di merata-rata. Ia juga digunakan untuk meningkatkan kekuatan kaca supaya penceroboh tidak senang boleh memasuk.


Tinted Privasi Penuh(Blackout Tinted)

Tinted gelap sepenuh, cahaya langsung tidak boleh bersinar melalui tingkap selepas pemasangan


💬 Testimoni Pelanggan UV GARD

"Selepas tinted tingkap rumah dengan UV GARD, rumah kami jadi lebih sejuk dan selesa. Pemasangan pun cepat dan kemas!" – Encik Azman, Subang Jaya


📞 Berminat Untuk Tinted Rumah Anda?


Tawaran UV GARD:


Tinted USA yang berkualiti tinggi (Tinted Nano Seramik, Reflektif, Keselamatan dan Privacy)


Pemasangan profesional di seluruh KL & Selangor


Sebut harga PERCUMA


Lawatan tapak PERCUMA di rumah anda


Semua tinted datang dengan jaminan pengilang 7 atau 10 tahun


Lokasi Perkhidmatan UV GARD:

Seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, seperti Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Bangi, Bangsar, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Wangsa Maju, Setapak, Taman Melawati, Ampang dan lain-lain.


Pemasangan di negeri lain boleh dibincang dan dipertimbangkan.


Hubungi kami hari ini:

📱 WhatsApp: +6012-206 7648


Penutup

Dalam cuaca tropika Malaysia, tinted rumah bukan lagi kemewahan tetapi keperluan. Ia melindungi keluarga dan barangan berharga anda, menjimatkan kos jangka panjang dan menambah nilai pada kediaman anda. Pilihlah penyelesaian yang terbukti dan berkesan, pilihlah UV GARD.




Comments


bottom of page