316770738763114 Tinted Rumah Murah Dan Bagus | Tinted Rumah KL Selangor | UV GARD
top of page

Tinted Rumah Murah Berkualiti

Servis Kami

Scroll Down

Keselesaan Rumah Anda Keutamaan Kami

UV GARD adalah pakar tinted rumah dan tinted pejabat di Malaysia sejak tahun 2007. Kami tawarkan servis siap pasang untuk tinted filem tahan panas reflective (tinted cermin) atau nano ceramic, tinted frosted privasi, tinted bercorak, tinted safety, tinted sekuriti, dan pelekat format besar. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan keselesaan bilik rumah dan pejabat anda dengan cara yang paling kos efektif, adalah memasang tinted rumah murah berkualiti sama dengan tinted pejabat murah berkualiti. Semua tinted rumah dan pejabat kami berkualiti bagus USA dan mempunyai jaminan sehingga 10 tahun. Sama dengan pemasangan yang dibuat oleh UV Gard, semua dilindungi dengan jaminan mutu kerja. Upahlah UV Gard, anda pasti akan berasa puas hati dan gembira dengan servis tinted rumah dan tinted pejabat yang bermutu daripada kami.

Servis Tinted Rumah Profesional

UV Gard bermula bisnes kami degan produk tinted tahan panas untuk bangunan rumah dan pejabat, kami pakar dalam tinted filem sehala (tinted reflektif atau tinted cermin) paling sesuai untuk tinted tingkap rumah dan pejabat untuk privasi, ataupun tinted nano ceramic yang jelas dua hala. Kami menyediakan perkhidmatan siap pasang tinted tingkap rumah dan pejabat dengan pelbagai pilihan tinted yang boleh disesuaikan mengikut keutamaan setiap individu. Selain menyampaikan kerja berkualiti bagus, kami juga menawarkan jaminan produk sehingga 10 tahun. Anda boleh yakin bahawa kami menyediakan semua perkhidmatan kos tinted rumah kami pada harga yang berpatutan. Kami mahu anda berpuas hati dengan pengalaman anda bersama kami. Tempah perkhidmatan kami dan nikmati faedah perkhidmatan tinted tingkap rumah dan pejabat yang berpatutan.

Melindungi Anda Dari Cahaya, Haba & UV

Family Photography

Memasang tinted tingkap rumah dan pejabat boleh memberi banyak manfaat kepada anda, keluarga dan rakan-rakan. Filem tinted tingkap boleh menapis dan memantul cahaya, haba dan UV yang berlebihan daripada sinaran matahari menjejaskan hiasan dalaman dan perabot. Yang penting sekali, silau, kepanasan dan UV matahari tidak akan menjejaskan mood harian dan kesihatan anda lagi selepas pemasangan filem tinted tingkap. Selain daripada ini, filem tinted rumah dan pejabat juga boleh mengurangkan pergantungan dan beban pada unit penghawa dingin anda sambil mengurangkan jumlah bil elektrik rumah atau pejabat. Meknakjubkan bukan? Ada lagi, tingkap yang sudah memasang tinted akan nampak lebih cantik dari luar, ada yang nampak macam cermin berwarna pada siang hari supaya orang luar tidak boleh nampak dalam, biasa kita panggil tinted jenis ini tinted reflektif, tinted cermin atau tinted sehala. Yang lagi satu jenis tinted tidak nampak kesan cermin, dua belah pun nampak jelas supaya pemandangan tingkap yang cantik anda tidak akan terjejas. Perlu maklumat lanjut dan sebut harga, sila tekan butang di bawah dan hubungi kami sekarang , perundingan dan sebut harga adalah percuma!

bottom of page